~for Alif Rayhan~

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 21, 2011

solid food for Alif

Alif start makan masa umur dia 5 bulan 2 minggu. masa tu just bagi dia rasa2 buah saja, itu pun asyik jelir lidah.. pelik gaknya.. hehe.. buah pertama alif makan ialah pisang yang dilenyek..

Bila masuk 6 bulan, alif diajar makan bubur nasi kosong.. ok la, walaupun makan sikit je mula2.. lepas 3, 4 hari, mama mula campur bubur nasi alif dengan sayur.. lobak, brokoli, kentang, labu, bayam.. tukar2.. mama kisar beras yang telah dibasuh dan dikeringkan then baru masak.. agak2 dah nak masak baru tambah puree sayur.. tapi alif tak suka brokoli la, cam mama n abah =p

Mama akan masak bubur alif pada sebelah pagi untuk dua kali makan, lunch dan dinner.. so sama je menu alif untuk 2 kali makan ni tapi tiap2 hari mama ubah menu ikut suka mama.. ikut la puree sayur mana yang mama campur hari tu, kadang2 mama tambah juga serbuk ikan bilis atau kismis..

Jadual makan alif adalah seperti berikut: =p

Pagi (9-10pg): alif akan makan cerelac (beras merah) atau biskut farley husk (ori atau banana) yang direndam dalam air suam..

Lunch(12-1 ptg): Mkan bubur nasi yang mama masak, campuran sayur ikut citarasa mama masak pagi2..

petang: kadang2 makan, kadang2 tak.. menu macam pagi atau makan buah saja

Malam(7-8 malam): oleh kerana alif tido lewat, jadi tak jadi masalah makan waktu ni.. lau baby tido awal kena bagi makan lebih awal supaya dia selesa untuk tido, tak terlalu kenyang.. alif diajar makan pada masa ini juga supaya tiap2 hari mama ada peluang suap sendiri anak mama makan.. menu sama macam lunch..

Lain kali la baru kongsi cara buat puree ye, senaang je =p

No comments: