~for Alif Rayhan~

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 1, 2011

food

Alif dah hampir 1 tahun 2 bulan, dah makan macam2.. tapi masih dikawal la.. huhu.. favourite, aiskrim n yogurt.. kali ni nak share kronologi home made food yang alif makan =)




~mama, alif lapar ni~




-bubur nasi-




dari umur 5 bulan setengah alif dah mula makan, masa mula2 tu memang tak berbaloi rasnya masak.. main sembur2 aje.. huuu.. tapi lama2 alif makan dengan baik.. alif jenis tak memilih makan, apa yang mama campur dalam bubur, semua dia makan.. cuma brokoli saja yang alif reject.. jagung, labu, kentang, lobak, sawi, bayam, ayam, udang, fishball, telur, kacang buncis.. mama akan pusing2 campuran sayur dan protein ikut selera mama.. hehe.. oh lupa, alif tak suka makan nasi, maksudnya macam yang kita makan, dia suka nasi lembik.. cara mama masak bubur alif..




- masa awal dulu, mama akan basuh beras, keringkan dan blend.. kemudian masak macam masak nasi.. alif tak suka kalau nasi dah masak baru blend jadi bubur, maybe sebab berkanji agaknya, dah tak sedap.. lauk mama akan kisar asing dan masak bersama beras tadi.. kalau sayur keras masukkan awal2, tapi sawi, bayam atau daun sup masukkan bila bubur dah nak masak..




- sekarang, mama basuh beras biasa je, masukkan air yang banyak dan masak dengan api perlahan sampai beras tu masak dan hancur.. memang agak lama, tapi kalau tinggal pun takpe.. jangan terlupa sudah la.. hehe.. kadang2 lauk akan dimasukkan bersama bubur atau kadang2 mama akan masakkan lauk asing..




-kentang+telur-





Di taska, mama akan bekalkan alif bubur nasi yang sama untuk lunch dan dinner. tapi kalau hujung minggu, kadang2 mama rajin nak cuba menu baru untuk alif.. mama pernah cuba masakkan alif kentang dan telur ala2 scramble egg.. alif suka.. dan mama pernah campurkan sekali slice cheese, lagi la sedap.. mama pun join sekali..





-macaroni-





ini adalah salah satu menu yang alif suka juga, lagi2 kalau macaroni sup.. mama akan campurkan ayam yang dicincang dan juga sayur.. sama juga kalau macaroni goreng.. senang je.. rebuskan macaroni sehingga lembut dan masakkan sup.. sup yang sama boleh dimakan bersama nasi lembik atau bubur nasi untuk lunch atau dinner.. hee.. mama masakkan sekali je =p kalau dalam gambar ni macaroni biasa, tapi ada jual juga macaroni khas untuk kanak2, comel je bentuk bintang2.. kalau masak macaroni biasa ni, kena rebus lama sikit dan hancurkan.. ni pun mama boleh join makan sekali.. hehe
p/s: entry ni dah lama ada dalam draft, tak publish je.. huuuu...









Sunday, September 25, 2011

He is ONE!!!!

setahun yang lalu, 26.9.2010.. antara saat paling indah dalam hidup bila lahirnya putera hati yang kami tunggu2 MUHAMMAD ALIF RAYHAN.. teman rapat yang menyenangkan..





hari ini, setelah setahun berlalu.. tak tahu nak kata apa.. tapi rasa terharu mengatasi segalanya.. tak percaya dah setahun bergelar mama, anak mama bukan baby lagi, dah jadi toddler dah.. terasa cepat sangat masa berlalu, dari hanya 2.6kg sekarang dah hampir 10kg =p dari hanya baring kelip2 mata tengok mama dan abah, sekarang dah merangkak seluruh rumah.. jalan je belum, mama sabar tunggu syg ye.. hehe..

ohhh.. semasa menulis ni pun rasa macam nak menangis.. macam mana la rasanya nanti bila dah besar, dah nak masuk asrama ke, nak kahwin ke.. hehe.. jauhnya mama kamu fikir alif =p



buat alif rayhan,

semoga alif sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh dan sayang mama abah.. sebab mama dan abah sayang alif banyak sangat.. SELAMAT ULANG TAHUN yang pertama.. takde anugerah dan hadiah terbaik buat mama dan abah yang dapat menandingi alif.. muahhh.. love u so much..






Monday, July 25, 2011

10 months old



hari ni Alif genap 10 bulan =) yeaaa.. oleh kerana abah gi kerja seminggu jadi alif dan mama pun cuti2 di kampung, tak la abah risau sangat.. jadi bila dah kampung terimbas balik saat2 berpantang dulu, cepatnya rasa masa berlalu..




- dulu, alif asyik tido saja.. sekarang, nak tidokan pun susah.. huuu.. asyik la nak main..

- dulu, tak kenal orang, siapa dukung pun takpe.. sekarang, asyik la nak mama saja, kena ambil masa baru nak dengan orang..

- dulu, baring je tido.. heee.. sekarang, takmau baring sangat, mentang2 dah boleh duduk.. mesti la nak main sambil duduk kan..

- dulu, muka baby je.. sekarang, dah muka toddler la.. lagi 2 bulan kan dah nak setahun..

- dulu, nangis je pandai.. sekarang, selain nangis leh buat2 jerit, bebel2 kalau ada benda yang dia nak atau tak puas hati..



ish2.. banyak betul lagi.. tapi biasa la.. semuanya pun normal thing.. ohh.. pada usia 10 bulan..



- alif ada 1 batang gigi, 1 lagi on d way =)

- tak merangkak tapi mengesot guna punggung.. macam mana tu.. hee.. dan dah buat gaya nak angkat punggung untuk bangun berdiri.. eh, anak mama nak jalan terus ke..
- berat terakhir masa timbang dulu, 8.5 kg.. oh sungguh semangat, sekarang abah dapat tugas dukung alif full time.. mama dah angkat tangan tak larat..

- mulut tu dah bebel2 macam2

- sangat suka naik motor, oh, ni atuk kat kampung yang ajar.. sampai setiap kali motor lalu dan bunyi dia akan pusing tengok.. suka eh, berangin je kan..


Alif: mama abah sayang kamu banyak, semoga alif sihat dan membesar jadi anak yang baik.. muahhhh



~ Alif on his 1st day ~




~ baby face lagi masa ni ~


~ sudah besar anak mama ~



Wednesday, July 20, 2011

Rabu tanpa kata



haha.. oleh kerana takda idea nak tulis panjang2, jadi kita tepek je gambar ye.. kejadian pada sabtu lepas, family day tempat kerja mama di Water world, A Famosa Melaka.. Lepas dah main2 sukaneka bawa la alif gi merasa mandi kolam.. rendam gitu saja,mama dan abah tak belikan lagi baju mandi la.. lain kali eh alif.. ehhh.. tadi kata RABU TANPA KATA.. panjang lak =p




~ muka budak blur kena paksa bangun pagi buta ~



~ wah, ini best mama ~





oh yaa.. sebagai outcome aktiviti di atas.. Alif demam 2 hari =p cian anak mama.. hee

Monday, July 11, 2011

gigi oh gigi

hoyaayyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!

Akhirnya, penantian mama dah abah selama beberapa bulan telah berakhir.. hehe.. alif dah ada gigi =p dari alif umur 4 ke 5 bulan tah, lau demam or merengek2 je mesti mama akan kata "alif ni nak tumbuh gigi ni sebab tu macam ni".. huhu.. setiap kali tu la mama tertunggu-tunggu munculnya gigi alif.. tapi non adooonya..

Setakat ni ok lagi, alif masih BF macam biasa.. tak pernah pulak dia gigit B mama.. alif be a good boy ok.. mama nak bayangkan pun seram je.. selalu dengar or baca pasal B yang koyak la cedera la.. takut juga.. ada petua tak nak bagi alif tak gigit.. huuu takuttt =p

Hari tu ada sembang dengan akak sekerja, dia kata dia bagi FM kat baby dia sebab tak tahan dah kena gigit.. sakit sampai luka.. lau boleh mama taknak la jadi macam tu.. BF alif adalah moment yang sangat indah, penat macam mana pun masa BF alif dan dakap alif adalah moment yang sangat menenangkan =)

P/s: mama adalah tak berapa rajin nak upload gambar.. hehe.. lau rajin nanti mama upload gambar terkini anak bujang tu ye.. heeee..

Sunday, June 26, 2011

alif is 9 month old

hari ini genap 9 bulan umur muhammad alif rayhan.. permata hati mama dan abah.. semakin banyak keletah, makin banyak bunyi, makin lasak =) alhamdullillah alif sihat, tak penah lagi sakit yang teruk2..

- gigi masih malu2 kucing nak keluar =p
- dah mula tonggek macam nak merangkak tapi punngung berat sangat gaknya..
- lau ada dekat dengan orang atau sofa, akan mula angkat badan nak panjat..dah berapa kali dah dahi tu langgar bucu sofa
- maaa n baahh dah kuar dari mulut alif.. yang lain tu hanya alif je faham.. heee
- lau mandi sekarang pun dah tak kisah air sejuk je.. tahan berendam lama2 lagi..
- pandai pok amai2, tepuk tangan dah bunyi =) sebelum ni tepuk2 angin je..
- sangat suka lau ada baby seumur atau kanak2 disekeliling masa jalan2..
- suka senyum tak kisah pada siapa pun
- kalau balik kampung, akan ambil masa untuk serasi dengan semua orang, mula2 hanya nak mama atau abah je.. paling kesian dengan nenek dan atuk la.. nak main2 ngan cucu, cucu nangis je.. hukhuk.. tak baik tau anak mama buat camtu, cian nenek atuk tau..

tu je kut.. next month tambah lagi..

buat anak mama, muhammad alif rayhan.. semoga alif sihat dan gembira selalu.. mama dan abah sayang kamu banyak2 sangat..

Wednesday, May 11, 2011

WW



my 1st wordless wednesday =)

Sunday, May 8, 2011

hari ibu

To mama,


Alif syg mama sgt.. walaupun Alif tak pandai cakap lagi, tapi alif selalu bagi kiss kat mama arini =) TQ mama.. walaupun Alif suka nangis2 tapi bila mama pegang je mesti Alif rasa selamat, tak takut dah.. nnti bila Alif dah pandai cakap Alif cakap syg kat mama hari2 ye, walaupun bukan hari ibu...



Alif syg mama, syg abah juga..








salam syg,




Muhammad Alif Rayhan

(pengarang: Mama Alif =p)







Thursday, April 21, 2011

solid food for Alif

Alif start makan masa umur dia 5 bulan 2 minggu. masa tu just bagi dia rasa2 buah saja, itu pun asyik jelir lidah.. pelik gaknya.. hehe.. buah pertama alif makan ialah pisang yang dilenyek..

Bila masuk 6 bulan, alif diajar makan bubur nasi kosong.. ok la, walaupun makan sikit je mula2.. lepas 3, 4 hari, mama mula campur bubur nasi alif dengan sayur.. lobak, brokoli, kentang, labu, bayam.. tukar2.. mama kisar beras yang telah dibasuh dan dikeringkan then baru masak.. agak2 dah nak masak baru tambah puree sayur.. tapi alif tak suka brokoli la, cam mama n abah =p

Mama akan masak bubur alif pada sebelah pagi untuk dua kali makan, lunch dan dinner.. so sama je menu alif untuk 2 kali makan ni tapi tiap2 hari mama ubah menu ikut suka mama.. ikut la puree sayur mana yang mama campur hari tu, kadang2 mama tambah juga serbuk ikan bilis atau kismis..

Jadual makan alif adalah seperti berikut: =p

Pagi (9-10pg): alif akan makan cerelac (beras merah) atau biskut farley husk (ori atau banana) yang direndam dalam air suam..

Lunch(12-1 ptg): Mkan bubur nasi yang mama masak, campuran sayur ikut citarasa mama masak pagi2..

petang: kadang2 makan, kadang2 tak.. menu macam pagi atau makan buah saja

Malam(7-8 malam): oleh kerana alif tido lewat, jadi tak jadi masalah makan waktu ni.. lau baby tido awal kena bagi makan lebih awal supaya dia selesa untuk tido, tak terlalu kenyang.. alif diajar makan pada masa ini juga supaya tiap2 hari mama ada peluang suap sendiri anak mama makan.. menu sama macam lunch..

Lain kali la baru kongsi cara buat puree ye, senaang je =p

Sunday, April 17, 2011

alif rayhan again =)

menjadi seorg mama adlah sgt menerujakan.. ye ke perkataan ni eh.. heee.. anak mama syg dah boleh duduk sendiri semalam, tapi kena jaga2 juga sebab kadang2 dia malas dan baringkan badan.. so memang letak dia atas tilam nipis supaya tak sakit bila hempaskan badan tu.. anak mama.. hehe.. alif juga dah pandai jerit2 kalau lapar atau uk'uk.. so kalau dia jerit tu antara 2 je la =) dan sehari dua ni alif menunjukkan tanda2 nak tumbuh gigi, dia akan gigit semua benda dengan bersungguh2.. tengah berjaga2 takut dia demam.. org kata tumbuh gigi baby demam kan.. uhuh.. harap2 takda la alif gigit B nanti.. alif masih BF dengan jayanya walaupun dah start makan, alhamdullilah masih ada rezeki alif..

Monday, April 4, 2011

alif rayhan is 6 month old =p




huhuhuhu..




adakah ini blog yang hanya akan diupdate setiap 1/2 tahun sahaja =p


alhamdullillah, my baby syg dah 6 month old ++.. dah start pandai makan.. dah makin nakal.. dah asyik nak gigit semua yang dipegang, gatal gusi ye anak mama =) Meniarap pun semakin pandai, takde jerit marah macam bulan lepas sebab asyik sangkut je bila nak meniarap.. bila try bagi duduk dan boleh imbangkan badan sikit tapi tak duduk tegap lagi.. anak mama masih fully BF lagi, alhamdullilah masih ada rezeki Alif.. dah kenal mama n abah, kalau mama ambil di taska petang hari mesti Alif senyum je.. mulut dah start bebel bahasa alif sendiri, lau mama n abah sembang ngan alif pun Alif dah pandai respon.. dah boleh gengam mainan sendiri dan alif dari satu tangan ke tangan satu lagi.. n Alif paling suka buku.. semoga anak mama membesar sihat dan aktif, pandai n jadi anak yang baik dan bijak.. mama abah sayang alif banyak sangat..





Alif~ 4 month old


keluarga kecil kami... Alif~5 month old



Alif~ 6 month old