~for Alif Rayhan~

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, July 25, 2011

10 months old



hari ni Alif genap 10 bulan =) yeaaa.. oleh kerana abah gi kerja seminggu jadi alif dan mama pun cuti2 di kampung, tak la abah risau sangat.. jadi bila dah kampung terimbas balik saat2 berpantang dulu, cepatnya rasa masa berlalu..




- dulu, alif asyik tido saja.. sekarang, nak tidokan pun susah.. huuu.. asyik la nak main..

- dulu, tak kenal orang, siapa dukung pun takpe.. sekarang, asyik la nak mama saja, kena ambil masa baru nak dengan orang..

- dulu, baring je tido.. heee.. sekarang, takmau baring sangat, mentang2 dah boleh duduk.. mesti la nak main sambil duduk kan..

- dulu, muka baby je.. sekarang, dah muka toddler la.. lagi 2 bulan kan dah nak setahun..

- dulu, nangis je pandai.. sekarang, selain nangis leh buat2 jerit, bebel2 kalau ada benda yang dia nak atau tak puas hati..



ish2.. banyak betul lagi.. tapi biasa la.. semuanya pun normal thing.. ohh.. pada usia 10 bulan..



- alif ada 1 batang gigi, 1 lagi on d way =)

- tak merangkak tapi mengesot guna punggung.. macam mana tu.. hee.. dan dah buat gaya nak angkat punggung untuk bangun berdiri.. eh, anak mama nak jalan terus ke..
- berat terakhir masa timbang dulu, 8.5 kg.. oh sungguh semangat, sekarang abah dapat tugas dukung alif full time.. mama dah angkat tangan tak larat..

- mulut tu dah bebel2 macam2

- sangat suka naik motor, oh, ni atuk kat kampung yang ajar.. sampai setiap kali motor lalu dan bunyi dia akan pusing tengok.. suka eh, berangin je kan..


Alif: mama abah sayang kamu banyak, semoga alif sihat dan membesar jadi anak yang baik.. muahhhh



~ Alif on his 1st day ~




~ baby face lagi masa ni ~


~ sudah besar anak mama ~



Wednesday, July 20, 2011

Rabu tanpa kata



haha.. oleh kerana takda idea nak tulis panjang2, jadi kita tepek je gambar ye.. kejadian pada sabtu lepas, family day tempat kerja mama di Water world, A Famosa Melaka.. Lepas dah main2 sukaneka bawa la alif gi merasa mandi kolam.. rendam gitu saja,mama dan abah tak belikan lagi baju mandi la.. lain kali eh alif.. ehhh.. tadi kata RABU TANPA KATA.. panjang lak =p




~ muka budak blur kena paksa bangun pagi buta ~



~ wah, ini best mama ~





oh yaa.. sebagai outcome aktiviti di atas.. Alif demam 2 hari =p cian anak mama.. hee

Monday, July 11, 2011

gigi oh gigi

hoyaayyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!

Akhirnya, penantian mama dah abah selama beberapa bulan telah berakhir.. hehe.. alif dah ada gigi =p dari alif umur 4 ke 5 bulan tah, lau demam or merengek2 je mesti mama akan kata "alif ni nak tumbuh gigi ni sebab tu macam ni".. huhu.. setiap kali tu la mama tertunggu-tunggu munculnya gigi alif.. tapi non adooonya..

Setakat ni ok lagi, alif masih BF macam biasa.. tak pernah pulak dia gigit B mama.. alif be a good boy ok.. mama nak bayangkan pun seram je.. selalu dengar or baca pasal B yang koyak la cedera la.. takut juga.. ada petua tak nak bagi alif tak gigit.. huuu takuttt =p

Hari tu ada sembang dengan akak sekerja, dia kata dia bagi FM kat baby dia sebab tak tahan dah kena gigit.. sakit sampai luka.. lau boleh mama taknak la jadi macam tu.. BF alif adalah moment yang sangat indah, penat macam mana pun masa BF alif dan dakap alif adalah moment yang sangat menenangkan =)

P/s: mama adalah tak berapa rajin nak upload gambar.. hehe.. lau rajin nanti mama upload gambar terkini anak bujang tu ye.. heeee..